GIATMARA dalam proses untuk mengenalpasti usahawan-usahawan lepasan GIATMARA yang masih aktif berniaga sama ada dari rumah ataupun sudah mempunyai premis sendiri.
Mempromosikan perniagaan anda kepada semua warga GIATMARA dan masyarakat luar melalui portal https://usahawan.giatmara.my . Ini memudahkan pelanggan mengenalpasti lokasi kedai anda dan servis / produk yang anda jual.
Memberikan anda sijil keahlian Kelab Usahawan GIATMARA dimana ianya boleh digunakan sebagai sokongan / tambah nilai (addon value) untuk anda mendapatkan apa jua bantuan atau pembekalan daripada GIATMARA dan MARA.
Memudahkan pihak pengurusan GIATMARA melakukan pemantauan / lawatan ke premis perniagaan anda bagi tujuan memberi khidmat nasihat atau suntikan bantuan perniagaan daripada GIATMARA sendiri atau dengan bantuan agensi lain seperti MARA, SME Corp, TEKUN dan sebagainya.
Memudahkan hebahan atau promosi kepada usahawan bagi program-program keusahawanan yang akan dianjurkan kelak oleh GIATMARA dan agensi-agensi lain.
Platform ini bernilai RM 3490
Anda akan diberikan kredit RM10 dan Add-On berharga RM60 untuk memulakan kedai online anda
Kedaiweb.co adalah platform eCommerce Malaysian Made yang lengkap dengan sistem pengurusan Ejen, Affiliate dan Dropship
Anda tidak perlu lagi bersusah payah membangunkan sendiri platform eCommerce anda kerana ianya semua telah diuruskan oleh Kedaiweb.co
eWallet adalah sistem bayaran tanpa tunai (cashless) dimana pelanggan hanya perlu scan QR code kedai anda dan bayaran terus dimasukkan ke akaun anda.
Pendaftaran adalah PERCUMA dan tiada yuran berulang dikenakan.
Semua ganjaran dan hadiah ditawarkan oleh syarikat eWallet dapat menarik minat pelanggan membeli dengan kedai anda. Yang paling best, anda tidak perlu keluarkan sebarang kos untuk ganjaran / hadiah tersebut !!
Sistem eWallet yang akan anda terima ialah:
TnG, Boost, CIMB Pay, Maybank, MCash, dan lain-lain
Software sistem WhatsApp Marketing ini bertujuan untuk memudahkan anda menghantar notifikasi atau promosi kepada pelanggan dan prospek anda melalui WhatsApp.
Anda boleh hantar mesej perkataan, gambar atau video secara bulk dan letak nama pelanggan / prospek anda di dalam mesej tersebut supaya ia nampak lebih mesra dan professional
Software ini boleh di pasang dalam PC / Laptop Window sahaja.
Lesen software ini adalah seumur hidup. Anda boleh gunakannya selama-lamanya !!